Home Automobile Harga minyak 7-13 Mac 2024 — RON97 kekal RM3.47

Harga minyak 7-13 Mac 2024 — RON97 kekal RM3.47

0
Harga minyak 7-13 Mac 2024 — RON97 kekal RM3.47

[ad_1]

Harga minyak 7-13 Mac 2024 — RON97 kekal RM3.47

Bagi minggu bertarikh 7 hingga 13 Mac 2024, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan tiada perubahan bagi harga runcit ketiga-tiga bahan api utama iaitu petrol RON 97, RON 95 dan diesel.

Petrol premium RON 97 masih kekal dengan harga jualan runcit RM3.47 seliter, setelah mengalami kenaikan terakhir sebanyak 10 sen seliter pada 20 September 2023.

Manakala harga jualan runcit bagi RON 95 masih dikekalkan pada harga siling di paras RM2.05 seliter. Begitu juga dengan diesel Euro B10/B20, harganya turut dikekalkan di paras RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga 20 sen lebih mahal pada kadar RM2.35 seliter.

Pada 2 Januari lalu, Pangkalan Knowledge Utama (PADU) telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di mana PADU akan digunakan sebagai komponen utama untuk kerajaan menyalurkan semula subsidi bersasar dan bantuan lain. Pengenalan ini membuka jalan kepada pengagihan subsidi bersasar RON 95, yang dijangka akan mula dilaksanakan pada separuh kedua 2024 ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here